SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA


SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA DARI ASPEK: 

PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN 

  • Pada abad ke-19, bahasa Melayu Moden bermula sehingga pada hari ini.
  • Hasil daripada karangan Abdullah Munsyi telah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden.
  • Sebelum penjajahan British,bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan,pentadbiran,kesusasteraan serta bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
  • Selepas perang dunia kedua, British telah mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
  • Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Seterusnya,bahasa Melayu moden merupakan kesinambungan dari bahasa Melayu Klasik. 
  •  Bahasa ini telah mendapat pengaruh daripada bahasa Inggeris yang kuat tetapi bahasa ini juga tidak menggunakan sepenuhnya sistem pembentukan bahasa tersebut . Ia juga tidak mengetepikan bahasa sanskrit dan bahasa arab yang telah digunakan sebelum ini..
  • Bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik merupakan asas kepada perkembangan bahasa Melayu moden. Perkara ini berlaku kerana bahasa Melayu Moden telah mengalami perancangan oleh badan bahasa yang ditubukan khas iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

  • Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan sebagai sebuah jambatan di bawah kementerian Pelajaran. 
  • Pada mulanya dikenali sebagai Balai Pustaka tetapi atas cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga, namanya diubah sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun1959.
  • Ordinan Dewan Bhasa dan Pustaka telah diluluskan seterusnya DBP dinaikkan statusnya menjadi badan berkanun.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

  • Membina serta memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuklah bidang sains dan teknologi.
  • Membakukan ejaan dan sebutan bagi membentuk istilah yang sesuai dalam penggunaan bahasa kebangsaan.
  • Memperkembangkan bakat sastera khususnya bahasa kebangsaan
  • Mencetak serta menerbitkan buku,majalah,risalah dan bentuk kesusasteraan yang lain dalam membantu percetakan bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain.
  • Menjadi lembaga yang tunggal dalam mencipta istilah-istilah bahasa kebangsaan dalam bahasa baku.
  • Mengalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya bahasa digunakan secara meluas bagi seluruh maksud mengikut undang-undang yaang sedang berkuatkuasakan.


ZAFRAN,AFIQAH,FAREESHA

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA