SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA
PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN
- Bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19 sehingga sekarang.
- Hasil karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden.
- Sebelum berlakunya penjajahan British,bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,berfungsi sebagai bahasa perantaraan,pentadbiran,kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
- Selepas perang dunia kedua,British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
- Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,Pelembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Selain itu,bahasa Melayu moden merupakan kesinambungan dari bahasa Melayu Klasik.Namun,bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang kuat tetapi bahasa ini tidak menggunakan sistem pembentukan bahasa tersebut serta tidak mengetepikan bahasa sanskrit dan bahasa arab yang telah digunakan sebelumnya.
- Bahasa Melayu moden tidak berkembang dengan sendirinya seperti bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik.Perkara ini berlaku kerana bahasa Melayu Moden mengalami perancangan oleh badan bahasa yang ditubukan khas iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
- DBP bertanggungjawab untuk mengembangkan, memelihara, dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.
- DBP menjalankan penyelidikan dan kajian linguistik untuk memperkaya kosa kata dan memperbaiki tatabahasa bahasa Melayu. Penyelidikan ini membantu dalam mengadaptasi bahasa Melayu kepada perkembangan zaman dan teknologi.
- DBP juga menerbitkan pelbagai bahan bacaan dalam bahasa Melayu, termasuk buku teks, kamus, jurnal, dan karya sastera. Penerbitan ini bertujuan untuk mempromosikan penggunaan bahasa Melayu dan menyediakan sumber rujukan yang berkualiti tinggi.
- Selain itu,DBP berperanan dalam mempromosikan sastera Melayu melalui penerbitan karya-karya penulis tempatan, penganjuran pertandingan penulisan, dan program-program sastera. Ini membantu memperkaya budaya dan warisan sastera negara.
- Seterusnya,DBP bertanggungjawab menetapkan standard dan peraturan penggunaan bahasa Melayu, termasuk ejaan, sebutan, dan tatabahasa. Ini memastikan konsistensi dan kefahaman yang mudah dalam komunikasi rasmi dan harian.
-MAC,RAJA,IKRIMAH
Comments
Post a Comment