SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU
SEJARAH SISTEM TULISAN JAWI
- Tulisan Jawi (جاوي تولیسن ( atau Abjad Jawi, juga dipanggil Pegon dan Gundhil di daerah Jawa, Jawoë di Aceh Darussalam, Yawi di Pattani dan Jawi di Sumatera (Riau,Sumatera Barat, Jambi, dan Sumatera Selatan), Malaysia serta Brunei Darussalam menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi
- Sistem tulisan dan ejaan jawi ini dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Melayu.
- Aksara jawi sejenis sistem tulisan bahasa Melayu yang ditulis dari kanan ke kiri.
- Sistem ini mengalami dua tahap perkembangan.Pada tahap pertama,ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf al-Quran.Penggunaan baris ini bertujuan untuk mendapatkan bunyi yang betul.Namun,ianya mengambil masa yang lama untuk ditulis disebabkan terlalu banyak tanda dan baris.
- Pada tahap kedua pula tanda baris tersebut dihilangkan tetapi bentuk tulisan seperti ini akan memberi kesukaran kepada orang yang baru ingin mengenali atau mempelajari tulisan jawi,ianya akan mengambil masa yang lama untuk seseorang itu mahir untuk menggunakannya.
- Disebabkan perkara ini lahirlah huruf jawi versi melayu yang ejaannya menggunakan huruf vokal iaitu Alif,Wau dan Ya.
Tulisan jawi mempunyai empat ciri utama yang terdapat dalam skrip jawi iaitu:
- Bertindan secara menegak
- Ligatur
- Aksara-aksara berbaris atau mempunyai titik
- Aksara bersambung
Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara merupakan aksara yang dipinjam dari aksara Arab dan enam abjad tambahan.
Enam abjad tambahan dalam aksara jawi
SEJARAH SISTEM EJAAN ZA'BA
- Sistem yang pertama dalan sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang disusun oleh orang berbangsa melayu pada tahun 1933
- Dihasilkan di Maktab Perguruan Sultan Idris
- Sistem ini telah dijadikan sistem ejaan rasmi dalam kerjaan Malaysia, sekolah, institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972
CIRI-CIRI SISTEM EJAAN ZA'BA
- Tidak menggunakan teori atau teknik linguistik kerana ia melambangkan bunyi bahasa Melayu melalui huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.
- Za’ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi mana-mana grafem vokal dalam ejaannya.
- Partikel ‘pun’ dalam ejaan mesti dipisahkan. Contoh, ada pun.
- Setiap perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan.
-Raja,Mac,Ikrimah-



Comments
Post a Comment